Ketua jurulatih Phoenix Suns, Monty Williams, menjelaskan Chris Paul akan bangkit dalam Permainan 5 selepas mempamerkan aksi kurang cemerlang dalam kekalahan Permainan 4 kepada Milwaukee Bucks.

The Bucks mengikat siri NBA Finals kepada 2-2 dengan kemenangan 109-103 ke atas the Suns, dengan Williams meratapi 17 kali kehilangan bola yang membenarkan Milwaukee meraih 24 mata.

Paul melakukan lima daripadanya, termasuk kesilapan di penghujung bagi membenarkan Khris Middleton meraih mata untuk Bucks dalam suku akhir.

Pemain berusia 36 tahun itu turutn meraih 10 mata dalam perlawanan tersebut dan Williams yakin Paul akan bangkit dalam perlawanan di Arizona.

"Satu aksi yang jarang dipamerkan Paul. Dia tidak akan mengulanginya lagi selepas ini," kata Williams.

"Saya yakin ia merupakan salah satu aksi kurang cemerlang daripadanya dan saya yakin ia tidak akan diulangi lagi."