NBA: Doncic beri bayangan lanjut kontrak jangka panjang di Mavericks

Muzaffar Musa
Jun 8, 2021 05:17 MYT
Luka Doncic kelihatan telah mengesahkan bahawa dia akan menandatangani kontrak lanjutan jangka panjang dengan Dallas Mavericks selepas pasukan itu tersingkir daripada playoff NBA.
Mavericks tersingkir daripada playoff NBA selepas tewas dalam perlawanan ketujuh dengan Los Angeles Lakers semalam walaupun Doncic sekali lagi mempamerkan aksi terbaiknya.
Pemain Slovenia itu hanya pernah beraksi dua kali dalam siri playoff berkenaan -- kedua-duanya ketika tewas kepada Clippers -- tetapi mendapat reputasi segera sebagai antara penyerang elit dalam liga itu.
Doncic menjaringkan purata 35.7 mata bagi setiap perlawanan sepanjang tujuh penampilannya, meningkatkan purata peratusannya dalam saingan playoff kepada 33.5.
Purata terbaik yang pernah dicatatkan mana-mana pemain bagi 13 atau lebih perlawanan playoff adalah 33.4, yang dilakukan Michael Jordan.
Dallas kini akan menyediakan kontrak lanjutan jangka panjang bagi mengikat pemain itu bersama mereka dan ketika ditanya mengenai kontrak besar itu, Doncic menjawab: "Saya fikir anda tahu jawapannya."

Proud is an understatement ? pic.twitter.com/OM7hDdKn1X

— Dallas Mavericks (@dallasmavs) June 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Dallas Mavericks #NBA #Bola Keranjang #Luka Doncic