NBA menggantung bintang Denver Nuggets, Nikola Jovic, untuk satu perlawanan kerana "menolak dengan kekerasan" pemain Miami Heat, Markieff Morris, semalam.

Morris turut didenda AS$50,000 (RM207,525) kerana faul berganda secara terang-terangan dalam insiden itu, yang menyaksikan kedua-dua pemain berkenaan disingkirkan daripada perlawanan itu -- Nuggets kemudian menang 113-96.

Seorang lagu pemain Miami, Jimmy Butler, turut didenda AS$30,000 (RM124,515) kerana "cuba memburukkan perbalahan" dan enggan ditemu bual pihak keselamatan NBA dalam menyiasat perkara itu.

Jokic memberikan reaksi penuh marah selepas Morris mengasarinya dengan keras pada baki 2.39 minit waktu permainan, di mana dadanya disiku pemain lawan itu.

MVP NBA musim lalu itu kemudian mengejar Morris dan menolak pemain itu sehingga terjatuh ke lantai.

Staf kejurulatihan kedua-dua pasukan kemudian bangun daripada tempat duduk mereka untuk membantu pengadil meleraikan suasana tegang itu.

"Ketua jurulatih Heat, Erik Spoelstra, menyifatkan perkara itu sebagai "permainan kotor, amat berbahaya" daripada Jovic, yang menyatakan penyesalannya selepas perlawanan itu.

"Ia satu tindakan bodoh. Saya berasa amat teruk. Saya tidak sepatutnya memberikan reaksi seperti itu," kata Jokic kepada wartawan.

"Saya hanya perlu melindungi diri saya. Saya berasa teruk. Saya tidak sepatutnya memberikan reaksi seperti itu tetapi saya perlu melindungi diri saya."

Dengan keputusan itu, Jokic tidak dapat beraksi dalam perlawanan Denver menentang Indiana Pacers esok.