Jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa, mengambil keputusan drastik untuk meninggalkan jurulatihnya, Alex Stewart, bagi mendapatkan sentuhan pengendali kelahiran Uzbekistan, Aleksandr Gasparyan, bagi melepasi had kelayakan Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Nauraj mengambil keputusan penting dalam kariernya dengan menukar jurulatih.

Dia sebelum ini dibimbing jurulatih kelahiran Australia, Stewart, untuk tempoh tiga tahun.

Namun, dia kini memilih untuk berlatih di bawah Gasparyan di Bukit Jalil.

Gasparyan sebelum ini membimbing pasukan pelapis kebangsaan dan keputusan itu dilakukan Nauraj memandangkan dia sukar untuk mendapatkan tunjuk ajar secara langsung daripada Stewart yang berpangkalan di Australia.

Nauraj perlu melepasi had ketinggian 2.30 meter bagi melayakkan diri ke temasaya di Tokyo itu.