Pasukan Captain's Mode muncul juara kategori Counter Strike (CS) dalam kejohanan maya MY E-Sports Kebangsaan 2.0 [email protected] Challenge selepas menewaskan pasukan Darkside 3-0 hari ini.

Dalam pusingan pertama, pasukan pilihan itu mudah menewaskan lawan mereka 16-5 sebelum meneruskan rentak sama dalam pusingan kedua untuk mencatatkan kemenangan 16-6.

Pasukan yang diketuai oleh Aduka itu ternyata sukar ditandingi Darkside apabila sekali lagi mendominasi pusingan ketiga 15-7.

Dengan kemenangan itu, Captain's Mode memenangi hadiah wang kemenangan bernilai RM4,000.