Skuad bola tampar duduk negara gagal untuk meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa selepas tumpas kepada Thailand 0-3 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat dalam aksi di Dewan 11, MITEC, hari ini.

Jurulatih, Ahmad Musthakim Kamarukman, ternyata kecewa dengan persembahan anak buahnya yang gagal memberikan tentangan sengit buat lawan, sekaligus terlepas gangsa yang menjadi sasaran terakhir.

Set pertama menyaksikan pemain negara cuba untuk mengejar mata dengan Thailand, namun akur apabila tumpas 25-17.

Dua set berikutnya menyaksikan Malaysia seperti hilang punca untuk mencuri mata daripada Thailand dan akhirnya tewas 12-25, 9-25, sekaligus berputih mata untuk sekurang-kurangnya menduduki tempat ketiga.

“Saya akui agak kecewa kerana pemain-pemain tidak beraksi di tahap yang sebenar, amat berbeza dengan sewaktu sesi latihan sebelum ini.