Atlet muay negara, Ain Kamaruddin, berjaya merangkul pingat emas acara 57 kilogram lelaki dalam aksi final yang berlangsung di Dewan 8, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), sebentar tadi.

Dia menewaskan pencabar dari Thailand, Thachtana Luangphon, 29-28 untuk mengesahkan kilauan emas pertama bagi skuad muay negara.

"Alhamdulilah saya rasa sangat bangga. Ini hadiah untuk arwah ayah saya dan keluarga," kata Ain.

Dalam masa sama, seorang lagi atlet muay Malaysia, Mohd Ali Yaakub, turut membutirkan emas menerusi acara 53kg apabila menewaskan wakil Thailand, Surachai Nakthaem, di pentas akhir dengan keputusan 30-27.

"Saya tujukan kemenangan ini kepada kedua ibu bapa saya. Saya bersyukur sangat kerana dapat meraih pingat emas ini," ujar Ali.



Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.