Pelumba berpengalaman negara, Zaqhwan Zaidi, menampilkan persembahan cemerlang ketika menjuarai Kejohanan Perlumbaan MSBK pusingan kedua, hari ini.

Peralihan cuaca tidak menjejaska pelumba bagi saingan hari ini.

Malah penampilan empat pelumba berpengalaman diterajui Zaqhwan Zaidi, Ramdan Rosli, Azlan Shah Kamaruzaman serta Kasma Daniel Kasmayudin lebih merancakkan saingan yang berlangsung di Sepang.

Sejak permulaan saingan, perubahan kedudukan pendahulu mencetus drama apabila empat pelumba utama saingan saling melintasi antara satu sama lain.

Pada penghujung saingan, pengalaman Zaqhwan yang pernah beraksi di saingan Moto2 motogp menjadi pencetus kepada kejayaannya meraih kejuaraan pusingan kedua ni.

Kasma yang bermula di grid utama akur di kedudukan kedua biarpun beri saingan sengit sementara Azlan Shah melengkapkan kedudukan podium..

Dalam saingan 600cc pusingan kedua pula menyaksikan pasangan adik beradik berjaya menguasai perlumbaan, hajat Ibrahim Norrodin untuk menaiki podium seperti abangnya, Adam Norrodin, akhirnya tercapai jua selepas menjuarai saingan.

Ibrahim kekal konsisten berada di hadapan dari awal perlumbaan hingga ke garisan penamat dengan catatan masa 21 minit 56 perpuluhan 784 saat.

Manakala abangnya adam ketinggalan 0.364s dibelakang adiknya untuk merangkul tempat kedua.