PAHANG 4 KUALA LUMPUR 2

Pahang, yang dibarisi pemain negara, memulakan kempen Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) dengan langkah kanan selepas menewaskan Kuala Lumpur 4-2 di Stadium Panasonic, Shah Alam, hari ini.


Selepas membuka jaringan menerusi rembatan Mahadir Harahap Khairuddin pada minit keempat, Pahang meneruskan penguasaan permainan apabila Abu Haniffa Hassan menggandakan jaringan lima minit berselang.

Kuala Lumpur cuba bangkit menerusi gol Mulhim Muqri Faisal pada minit ke-18, namun kebangkitan itu segera dimatikan jaringan Saiful Nizam Mohd Ali pada tiga minit pertama babak kedua.

Farhan Khairul Anuar meneruskan penguasaan Pahang menerusi jaringan keempat pada minit ke-35 sebelum Mulhim Muqri Faisal mengecilkan jurang jaringan buat Kuala Lumpur pada minit ke-37, namun ia belum cukup untuk menafikan kemenangan pertama Pahang.