Johan Zarco menjalani pembedahan tulang pergelangan tangan yang retak selepas berdepan kemalangan ngeri dalam perlumbaan Grand Prix Austria hujung minggu lalu.

Zarco sedar dia amat bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan yang lebih serius selepas perlanggaran berkelajuan tinggi dengan Franco Morbidelli di Litar Red Bull Ring.

Pelumba Reale Avintia Ducati itu dan Morbidelli kelihatan melambung tinggi bersama-sama jentera mereka, yang tercampak dan hampir melangar Valentino Rossi dan Maverick Vinales.

Zarco menjalani pembedahan itu semalam dan berharap sempat cergas untuk beraksi dalam Gran Prix Styrian di litar sama hujung minggu ini.

Pelumba berbangsa Perancis itu memuat naik sekeping gambar dalam Instagram di mana tangan kanannya berbalut anduh dengan mengangkat tanda ibu jari dengan tulisan: "Hai semua! Pembedahan ini baik-baik sahaja! Ayuh lihat secepat mana saya boleh kembali pulih!"

Rossi kelmarin mengkriti Zarco di atas "kesilapan serius ketika membuat keputusan" di Spielber, sambil berkongsi rakaman kejadian insiden itu dari jenteranya dalam Instagram.

Le immagini dalla mia telecamera sono quelle che mi fanno più paura,perché da qui si può capire la velocità con cui la moto di Franco ha attraversato la pista proprio davanti a me.è passata talmente forte che io non l’ho neanche vista,quando sono tornato ai box ero già abbastanza scosso per aver visto la moto di Zarco letteralmente volare sopra la testa di Maverick.miracolosamente non si è fatto male nessuno ma spero che questo incidente faccia riflettere tutti,soprattutto noi piloti.Zarco non ha intenzionalmente causato una carambola del genere,ma resta comunque un grave errore di valutazione,che un pilota di MotoGP non può permettersi,soprattutto in una staccata da 310 km/h.spostandosi velocemente sulla destra e frenando “in faccia” a Franco,non gli ha lasciato il posto per rallentare,quindi Morbidelli non ha potuto fare altro che centrarlo a tutta velocità.capisco che in gara ci si gioca tanto e tutti danno il massimo per stare davanti,ma non dobbiamo dimenticarci che il nostro è uno sport pericoloso,e l’incolumità nostra è dei nostri avversari è molto più importante che guadagnare una posizione.

A post shared by Valentino Rossi (@valeyellow46) on


Dia menulis dalam laman sosial: "Saya memahami bahawa dalam perlumbaan, kami akan memberikan segala-galanya dan semua orang akan memberikan yang terbaik untuk berada di depan tetapi kita tidak boleh lupakan bahawa ia adalah sukan yang berbahaya dan keselamatan kami dan lawan adalah jauh lebih penting daripada memperoleh kedudukan yang baik.

"Zarco tidak berniat untuk mencetuskan kemalangan seperti itu tetapi ia tetap satu kesilapan serius dalam membuat keputusan, di mana ia tidak sepatutnya dilakukan oleh pelumba MotoGP, terutama pada kelajuan 310km/j."

Dia menambah: "Imej dari kamera saya ini adalah yang paling saya takutkan kerana daripada itu anda dapat lihat betapa lajunya jentera Franco melintasi litar di depan saya.

"Ia amat pantas dan saya tidak dapat melihatnya dan apabila saya kembali ke pit, saya sudah menggigil selepas melihat jentera Zarco terbang melintasi atas kepala Maverick," katanya lagi.