MotoGP: Rossi belum dapat lampu hijau bebas COVID-19

Shaiful Shamsudin
November 5, 2020 01:52 MYT
Ujian calitan mengesahkan Valentino Rossi kekal dijangkiti COVID-19 menjelang Grand Prix (GP) Eropah hujung minggu ini.
Penunggang Itali terbabit mengadu "tidak begitu sihat" sepanjang dua hari peringkat awal rawatannya pada pertengahan bulan lalu dan sejak itu dia mengakui telah "sihat sepenuhnya", tetapi pemeriksaan terakhir mengesahkan dia masih belum bebas daripada pandemik berkenaan.
Dia perlu diuji negatif dalam ujian calitan hari ini dan esok sekiranya dia mahu kembali menggegar arena MotoGP di Valencia.
Sekiranya dia tidak dapat mengambil bahagian, Monster Energy Yamaha, bersedia siap untuk mengumumkan pelumba dari Amerika Syarikat (AS), Garrett Gerloff -- yang mengungguli Kejohanan Superbike Dunia -- sebagai pelumba gantian.

#EuropeanGP Standby Replacement Rider, @garrettgerloff ? “I’m honored that Yamaha has considered me for this opportunity. But I am just sorry to get this opportunity under these unfortunate circumstances for Valentino. I hope that he recovers soon, we all miss him on track!” pic.twitter.com/khRiSlEzcU

— Monster Energy Yamaha MotoGP (@YamahaMotoGP) November 4, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
COVID-19 menjejaskan kempen penunggang berusia 41 tahun itu, apatah lagi dia gagal menamatkan perlumbaan tiga kali berturut-turut, biarpun sering menduduki kelompok lima teratas untuk memulakan musim ini dengan prestasi yang memberangsangkan.
"Virus ini sangat rumit dan serius," kata Rossi.
"Saya berasa tidak sihat selama dua hari dan beberapa hari kemudian saya kembali sihat sepenuhnya di tahap 100 peratus.
"Saya mengasingkan diri di rumah dan menuruti nasihat perubatan dengan teliti. Ini adalah situasi yang sangat menyedihkan dan sukar, tetapi begitulah keadaannya.
"Sayangnya, ujian seterusnya yang saya jalani semalam masih positif seperti sebelum ini. Nasib baik saya masih mempunyai dua ujian calitan lagi untuk membolehkan saya kembali berlumba pada Jumaat atau Sabtu ini.
"Saya sangat sedih kerana saya berasa sihat dan tidak sabar-sabar lagi untuk kembali menaiki jentera M1 dan bertemu semula dengan pasukan saya.
"Saya sangat berharap ujian calitan seterusnya akan menunjukkan tanda negatif kerana terlepas dua perlumbaan sudah terlalu banyak."
Juara dunia tujuh kali itu akan meninggalkan pasukan pengeluar itu pada tahun depan untuk menyertai Petronas-Yamaha Sepang Racing Team (SRT) sementara penunggang Perancis, Fabio Quartararo, ke arah bertentangan.
#motoGP #Valentino Rossi #Covid-19 #Yamaha-Petronas SRT