Pelumba negara MotoGP3 negara, Khairul Idham Pawi, yang sudah pun berada di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi terpaksa menunda penerbangannya ke Jerez, Sepanyol, beriktuan prosedur operasi standard (SOP) terbaru yang ditetapkan Kesatuan Eropah (EU).

Tirai kejohanan MotoGP akan disingkap menerusi Litar Jerez yang bakal menjadi destinasi bagi dua perlumbaan awal pada 19 dan 26 Julai ini.

Semalam, EU mengumumkan hanya 15 pelancong dari 15 negara sahaja dibenarkan memasuki benua itu manakala Malaysia tidak tersenarai.

"Sebab SOP itulah Khairul Idham tidak dapat berlepas ke Barcelona," kata Prinsipal Pasukan SRT, Datuk Razlan Razali.

Selain pelumba kelahiran Perak itu, Hafizh Syahrin Abdullah dan Kasma Daniel Kasmayudin turut terperangkap dalam situasi yang sama.

"Bila dengar berita ini pagi tadi agak terkejut.

"Saya mengharapkan berita baik daripada Eropah agar kami boleh terbang ke sana bagi menyertai perlumbaan.

"Kalau tidak manakala kejohanan diteruskan, saya agak terkilan kerana tidak dapat menyertai perlumbaan di sana," kata Hafizh Syahrin yang bersaing dalam kancah Moto2 bersama pasukan Aspar.

Sementara situ, Kasma Daniel, yang muncul pelumba Moto2 termuda 202o, mengakui segala dokumen sudah dipersiapkan.

"Saya harap semuanya berjalan dengan lancar," katanya.