Penunggang jentera Ducati, Jack Miller, memenangi Grand Prix Sepanyol sekaligus kemenangan pertama saingan MotoGP yang pertama sejak 2016.

Wakil Australia itu melakukan permulaan yang cemerlang untuk mendahului dan, walaupun dilintasi Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha) pada pertengahan perlumbaan, dia kekal tenang dalam separuh kedua pertemulaan sebelum kembali ke tempat pertama.

Miller menamatkan saingan di hadapan rakan sepasukan Ducati, Francesco Bagnaia dengan Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT) di tempat ketiga.

Quartararo jatuh ke tangga ke-13 apabila dia melepaskan kedudukan teratas kejuaraan kepada Bagnaia.

Wakil Perancis itu bermula hambar apabila terlepas petak pertama sebelum Miller menggunakan peluang sebaik mungkin, namun seperti GP Portugal terdahulu, dia kembali mendapatkan rentak.

Quartararo melintasi pesaingnya hingga berjaya mendahului dengan kelebihan satu-setengah saat di hadapan.

Berbaki 11 pusingan, kemenangan ketiga berturut-turut kelihatan menghampiri Quartararo, namun dia kehilangan dua saat, membenarkan Miller mengejar semula.

Miller yang memintas berjaya mempertahankan kedudukannya sebelum merangkul kemenangan MotoGP pertama sejak Dutch TT di Assen pada June 2016 dan yang kelapan secara keseluruhan.