Pelumba Onexox TKKR SAG, Kasma Daniel Kasmayudin, mencatat masa terpantas dalam latihan bebas pertama (FP1) kategori Moto2 perlumbaan Grand Prix Perancis di Litar Le Mans sebentar tadi.

Pelumba negara itu muncul pelumba terpantas di atas litar basah berkenaan selepas mencatatkan 1 minit 51.279 saat.

Seorang lagi pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah (Inde Aspar Team), pula berada di kedudukan ke-10 dengan catatan 1 minit 52.373 saat.

Sementara itu, dalam saingan Moto3, wakil tunggal negara, Khairul Idham Pawi, menamatkan latihan bebas kedua (FP2) selaku enam pelumba terpantas.

Pelumba yang sebelum ini didakwa mempunyai masalah disiplin itu menamatkan saingan berkenaan dengan catatan 1 minit 45.879 saat.