Majlis Olimpik Malaysia (MOM) gembira dengan komitmen persatuan sukan kebangsaan yang telah melunaskan kesemua pembayaran deposit 50 peratus daripada perbelanjaan ke Sukan SEA Filipina bulan depan.

Pembayaran hampir RM500,000 itu sudah dilunaskan setiap persatuan sukan kebangsaan yang atlet mereka akan bertanding dengan kapasiti kategori B dalam temasya berkenaan.

MOM meletakkan ketetapan untuk setiap persatuan melengkapkan bayaran pendahuluan 50 peratus daripada perbelanjaan itu sebelum hari ini dan bakinya perlu dilunaskan sebelum atlet mereka berlepas ke Filipina.

Selain itu, MOM turut mengumumkan jumlah anggota sebenar kontinjen negara ke temasya itu ialah 1,063 atlet dan pegawai.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.