Skuad memanah para negara menambah jumlah pingat emas menerusi acara compound berpasukan campuran apabila menundukkan Indonesia 138-117 dalam aksi final di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.

Malaysia, yang diwakili oleh Komoran Morogen dan Nor Sa'adah Abdul Wahab, menewaskan pasangan Toto Wastomi dan Tutik Yumiati, sekaligus mengesahkan emas menjadi milik skuad negara.

Morogen dan Nor Sa'adah berjaya melangkah ke final setelah menumbangkan cabaran Nur Syahidah Alim dan Robert Fuchs (Singapura) 147-143.

Bagaimanapun, Singapura berjaya membawa pulang gangsa selepas menewaskan Thailand yang diwakili oleh Anon Aungaphinan dan Panmai Ratchanee 142-126 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

"Aksi pada hari ini lebih tenang berbanding semalam (separuh akhir). Alhamdulillah, ada rezeki kami pada hari ini," kata Nor Sa'adah.

Bagi acara recurve berpasukan campuran, Malaysia sekadar meraih gangsa selepas menewaskan Filipina.

Skuad negara yang diwakili oleh Hasihin Sanawi dan L. Ananthy berjaya menumbangkan cabaran wakil Filipina 6-4.

"Saya yakin dengan pasangan saya dan kami telah berbincang dengan baik. Syukur segala perancangan berjalan lancar," kata Hasihin.


Gambar kredit: Twitter @myTeamMAS