Langkah cemerlang Rory McIlroy dan pemain nombor satu dunia, Dustin Johnson, meraih dua gelaran utama sebelum ini menuju ke penamat berikutan prestasi hambar pada hari pertama Kejohanan Golf WGC Dell Technologies Match Play, sebentar tadi.

Masih segar dengan kejayan dalam Kejohanan Arnold Palmer Invitational minggu lalu, juara empat gelaran utama, McIlroy, tewas 2-1 kepada Peter Uihlein di Austin.

Bekas pemain nombor satu dunia dan pemenang 2015 itu ketinggalan lima lubang dalam 13 lubang pertama, begitupun dia melakar kemenangan dalam tiga lubang terakhir, sekali gus memberikan sesuatu kepada Uihlein untuk direnungkan.

"Sekurang-kurangnya saya memaksanya bekerja keras," kata McIlroy selepas pusingan pertama itu. "Saya membuat keputusan itu lebih dihormati, saya pulih daripada aksi sedikit hambar, tidak semestinya saya bermain buruk.

"Uihlein juga beraksi dengan baik. Saya gagal beraksi baik dalam sembilan lubang pertama, tercicir sejak awal di sebalik dia gagal membuat bogey sepanjang hari ini. Jadi, adalah sukar untuk menyusun semula rentak saya.

"Ia merupakan situasi yang sangat sukar. Seperti yang saya katakan, saya menghambatnya pada saat-saat akhir tetapi sudah terlambat."

Juara bertahan, Johnson, turut tersingkir dalam pusingan pembukaan, tewas 3-1 kepada Bernd Wiesberger.

Perlawanan itu seimbang sehingga lubang 14, namun Wiesberger memenangi lubang 15, 16 dan 17 untuk melakar kejutan.

Sungguhpun Wiesberger masih perlu bekerja keras pada minggu ini, dia menganggap kemenangannya ke atas Johnson dapat membantunya dalam kempen Piala Ryder.

Sementara itu, pemain Inggeris, Tommy Fleetwood, tunduk kepada legenda kejohanan, Ian Poulter.

Membuktikan saingan ini masih masuk akal, Jordan Spieth (menang 2-1 ke atas Charl Schwartzel), juara 2016, Jason Day (4-2 ke atas James Hahn), Patrick Reed (3-2 terhadap HaoTong Li) dan Justin Thomas (2-0 mengatasi Luke List), turut melepasi ujian awal itu.

Juara Masters, Sergio Garcia, mengharungi hari yang hebat yang menyaksikannya menang satu pukulan ke atas Shubhankar Sharma.

Bagaimanapun, aksi pusingan pertama itu menjadi perhatian susulan Garcia terpaksa membuat pukulan di atas laluan kereta pada lubang 12.

Garcia perlu melakukan pukulan tee di atas konkrit, lalu bintang Sepanyol itu memilih hanya berstokin ketika melakukan pukulan itu.