Pilihan utama, Daniil Medvedev, tidak berdepan masalah untuk menewaskan wakil Sepanyol, Pedro Martinez, 6-3, 6-4, sekali gus layak ke pusingan keempat Kejohanan Tenis Masters Miami hari ini.

Kekuatan servis menjadi taruhan utama pemain nombor dua dunia itu, di mana dia melakukan 14 ace berbanding kosong yang dilakukan lawan bukan pilihan berkenaan.

Secara keseluruhan Zverev memenangi 20 daripada 24 mata sewaktu melakukan servis dalam set pertama.

Set kedua berlangsung lebih kompetitif, di mana Martinez kerap mengejar selepas Zeverev berada di depan dan hampir memenangi set itu tetapi dia tidak mampu untuk bertahan lebih lama pada penghujung saingan.

Medvedev akan berdepan pemain Amerika Syarikat, Jenson Brooksby, dalam pusingan keempat selepas Brooksby mengatasi saingan sengit pemain pilihan ke-15, Roberto Bautista Agut, sebelum menang 6-3, 5-7, 6-4.