Daniil Medvedev mudah mengatasi Andy Murray 6-4, 6-2 dalam pusingan ketiga Kejohanan Tenis Masters Miami hari ini.

Medvedev perlu layak ke separuh akhir seandainya mahu merampas kembali kedudukan ranking nombor satu ATP daripada Novak Djokovic bulan depan dan dia memulakan saingan di Miami dengan positif, di mana dia tidak berdepan sebarang mata break sepanjang 90 minit pertarungan.

"Pada hari anda dapat melakukan servis dengan baik, lawan anda tidak mempunyai kebebasan untuk membalasnya, ia membantu anda," kata Medvedev selepas perlawanan itu.

"Dalam set kedua, pungutan mata lebih mudah pada awalnya tetapi apabila lawan anda sedar anda mungkin akan mendapatkan beberapa ace dan bukan mudah untuk dia membalasnya, dia akan tertekan setiap kali melakukan servis dan itulah yang berlaku pada penghujung permainan."

Medevedev seterusnya akan berdepan Pedro Martinez, yang menewaskan Cristian Garin 7-6, 6-2.