Rafael Nadal terpaksa berehat hingga enam minggu akibat keretakan tulang rusuk yang dialaminya dalam Kejohanan Indian Wells minggu lalu.

Juara Terbuka Australia itu ditimpa kecederaan berkenaan dalam kemenangan separuh akhir ke atas Carlos Alcaraz dan kelihatan sukar bernafas ketika tumbang kepada Taylor Fritz dalam final.

Nadal memberitahu pemberita bahawa semuanya dalam keadaan baik apabila kembali ke Sepanyol semalam sebelum mendedahkan dia mengalami patah tulang rusuk ketiga kirinya.

Pemulihan pemain Sepanyol itu dijangka akan memakan masa empat dan enam minggu, secara tidak langsung mampu memberi kesan besar kepada persiapannya untuk Terbuka Perancis 2022.

Grand Slam kedua tahun ini di Roland-Garros itu dijadualkan bermula pada 22 Mei depan -– kira-kira lapan minggu dari sekarang.

Nadal menang kesemua 20 perlawanan membabitkannya tahun ini, satu catatan yang membawanya untuk merangkul kejuaraan kedua di Melbourne Park sebelum mengalami kekalahan mengejut kepada Fritz.

Pemilik Grand Slam terbanyak itu turut dibelenggu kecederaan sepajang 2021 dan kini berjuang untuk mengembalikan kemuncak kecergasannya sempena Terbuka Perancis kelak.

Ketika berkongsi perkembangannya di Twitter malam tadi, Nadal menyiarkan: "Nampaknya saya mengalami retak di salah satu tulang rusuk dan perlu berehat selama 4-6 minggu.

"Ini bukan satu berita baik dan saya tidak langsung tidak menyangkanya. Saya kecewa dan sedih memandangkan sedang mengharungi permulaan musim yang begitu baik setakat ini.

“Saya mencapai bahagian yang sangat penting pada tahun ini menerusi perasaan yang sangat baik dan keputusan yang bagus.

"Tetapi saya sentiasa bersemangat untuk berjuang dan mengatasi rintangan ini dengan bersabar dan saya perlu menggandakan usaha sebaik sahaja pulih. Sekali lagi terima kasih kepada semua orang atas sokongan yang diberikan."