Los Angeles Lakers telah menandatangani pemain veteran, Markieff Morris, pasukan NBA itu mengumumkannya, semalam.

Pendahulu saingan Western Conference, Lakers, mendapatkan khidmat Morris selepas DeMarcus Cousins terpaksa direhatkan ekoran kecederaan.

Morris telah berbincang dengan Detroit Pistons Jumaat lalu dan mengambil keputusan untuk menyertai Lakers -– yang dipimpin oleh LeBron James dan Anthony Davis di landasan mengejar kejuaraan.

Morris, kembar kepada pemain Los Angeles Clippers, Marcus, melakukan kutipan 11 mata dan 1.6 bantuan jaringan secara peruta dalam 44 penampilan bersama Pistons musim ini.
Dalam 623 perlawanan bersama Phoenix Suns, Washington Wizards, Oklahoma City Thunder dan Detroit, Morris merekodkan 11.6 mata, 5.4 rebound dan 1.7 bantuan jaringan secara purata.

The Lakers mengatasi Boston Celtics 114-112 Ahad lalu untuk melanjutkan kemenangan kepada lima perlawanan.