Ketua jurulatih skuad olaharaga negara, Manshahar Abdul Jalil, berpuas hati dengan prestasi basisan atletnya dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura minggu lalu.

Skuad kebangsaan berhasil membawa pulang lapan pingat emas, dua perak dan dua gangsa daripada kejohanan itu dengan beberapa atlet negara turut memperbaharui catatan peribadi terbaik.

Bagaimanapun, terdapat kegusaran buat pengendali negara itu menjelang Sukan SEA Hanoi bulan depan memandangkan atlet daripada Thailand dan Vietnam tidak mengambil bahagian di Singapura.

"Perkara yang positif kita dapat lihat adalah setiap atlet mengekalkan momentum dan ada juga yang memecahkan rekod peribadi terbaik," katanya kepada Nadi Arena.

"Mereka telah mengekalkan prestasi, jadi ia menunjukkan bahawa atlet kita sedang berada di landasan tepat.

"Bagaimanapun, seperti yang katakan tadi, di Vietnam akan menjadi pentas sebenar mereka."