Roberto Mancini tidak menganggap Itali adalah pasukan yang sudah lengkap, walaupun mengatasi Republik Czech 4-0 untuk melanjutkan rekod tanpa kalah menjelang Euro 2020.

Itali tidak kalah dalam perlawanan antarabangsa sejak perlawanan Liga Negara-Negara sejak tewas 1-0 kepad Portugal September 2018, dengan kemenangan aksi persahabatan semalam 27 perlawanan berturut-turut tanpa kekalahan.

Ciro Immobile dan Nicolo Barella menemui jaringan dalam separuh masa pertama, sementara Lorenzo Insigne meledak gol ketiga sebelum Domenico Berardi melengkapkan kemenangan.

Mancini berpuas hati dengan persembahan berdepan lawan yang 'cemerlang', walaupun diperjelas bahawa ada ruang yang boleh diperbaiki oleh Itali kerana mereka sekarang fokus bagi aksi pembukaan Euro menentang Turki 11 Jun ini.

"Kami bermain dengan baik dan menghadapi perlawanan dengan cara yang tepat menentang pasukan yang sangat baik," kata Mancini.

"Pada awalnya kami memerlukan beberapa minit untuk menyesuaikan diri, tetapi saya ingin melihat pasukan bermain seperti ini, ini adalah pasukan kebangsaan saya. Kami perlu memperbaiki daripada banyak sudut, saya fikir ia boleh menjadi perkara yang baik.

"Kami harus memainkan permainan kami. Kami adalah pasukan yang menyerang, kami mesti menyerang dan bertahan ketika ada keperluan untuk mempertahankan. Mentaliti akan menjadi penting.

Dia berkata lagi, "Kami perlu memperbaiki, kami masih muda dan ada banyak sudut pandang di mana kami dapat melakukan yang lebih baik. Namun, perlawanan persahabatan seperti ini adalah pertanda baik."