Keakraban yang bermula dari kecil lagi menjadi ramuan tambahan yang membawa kepada pingat emas acara luncur ais 3,000 meter berganti-ganti lelaki dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menerusi catatan 4 minit 31.438 saat di Empire City, Damansara Perdana, hari ini.

Wong De Vin, Mohd. Ariff Rasydan Fadzli, Hazim Shahrum dan Khairil Ridhwan Khalil menjadi tunjang kepada kemenangan negara yang juga merupakan emas ke-145 negara dalam temasya edisi ke-29 ini.

Di sebalik kejayaan itu, De Vin mendedahkan: "Kami sudah mengenali diri masing-masing buat tempoh lama, sejak kami mula mempelajari luncur ais lagi.

"Di Asia, kami menduduki ranking ke-4."

"Kami sangat mengenali diri masing-masing.

"Contohnya Hazim suka tidur, Khairil seorang yang pendiam dan emosional sementara De Vin pula seorang kapten yang baik tetapi dia paling 'masuk air'," kata Arif.

Khairil mempunyai sebab peribadi untuk berbangga dengan pencapaian mereka.

"Kami memang berasa bangga kerana kami menghadiahkan pingat emas terakhir," katanya.