Barisan pemenang Liga Hoki Malaysia (LHM) 2019 dibelenggu persoalan mengenai status wang hadiah kemenangan yang belum diperoleh walaupun liga sudah tamat tiga bulan lalu.

Kelewatan untuk membayar wang hadiah kemenangan mempersoalkan kredibiliti Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) selaku penganjur.

Jumlah wang hadiah kemenangan yang masih belum dilangsaikan berjumlah RM400,000 kepada juara liga, UniKL, manakala juara Piala TNB, Terengganu Hockey Team (THT).

Situasi itu semestinya menghadirkan masalah buat pasukan-pasukan untuk membayar bonus kepada barisan pemain mereka yang seharusnya dilakukan selepas sebulan berakhirnya saingan liga dan Piala TNB.

KHM sudahpun membayar wang hadiah kemenangan kepada pasukan-pasukan pemenang Liga Hoki Wanita Malaysia, Februari lalu.

Laporan lanjut mengenai isu ini akan dibawakan dalam Nadi Arena jam 7 dan 11 malam ini.