Katie Ledecky bangkit daripada kekecewaaan dalam acara 200 meter gaya bebas dengan memimpin skuad Amerika Syarikat (AS) untuk mengungguli acara 4x200m rampaian, sekaligus meraih pingat emas ke-13 dalam kariernya di pentas Kejohanan Dunia FINA, semalam.

Perenang berusia 20 tahun itu tewas di peringkat Kejohanan Dunia buat kali pertama kelmarin selepas menamatkan saingan 200 meter gaya bebas di belakang Federica Pellegrini.

Bagaimanapun, dia kembali meraih pingat emas apabila Ledecky -- yang turun selaku perenang terakhir -- mengesahkan kemenangan Amerika Syarikat dengan catatan masa tujuh minit 43.39 saat.

China membawa pulang pingat perak sementara gangsa menjadi miliki Australia.

"Saya berjaya membuat segala aura negatif," Ledecky bercakap kepada NBCSN.

"Saya tahu ini perlumbaan yang penting buat pasukan AS. Jadi, lebih mudah untuk saya mengekalkan fokus."