Lebih 400 peserta menyertai program larian ‘Merdeka Run De Sahabat’ 2017 di Felda Residence Sahabat sempena sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan Malaysia ke-60 tahun, semalam.

Program anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Sahabat 16, Lahad Datu itu membabitkan larian sejauh 10 kilometer (km) dan melalui beberapa kawasan perkampungan Felda Sahabat.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Negeri Sabah, Saleha Abdul Wahid.

Penyelaras program, Yandy Merika, berkata program larian kali kedua itu membabitkan tiga kategori, iaitu lelaki dan perempuan terbuka dan kategori murid 12 tahun ke bawah.

Terdahulu, kesemua peserta dilepaskan oleh Pengurus Felda Residence Sahabat, Abdul Rahman Panandrang, dan turut dihadiri Guru Besar SK Sahabat 16, Jannah Madullah.

Kesemua pemenang bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM500 (johan); RM300 (naib johan); RM200 (ketiga) dan RM50 bagi pemenang tempat keempat hingga ke-10.