Bintang Los Angeles Lakers, Anthony Davis, bakal berehat daripada pertemungan saingan NBA dengan Minnesota Timberwolves ekoran kecederaan betis kanan.

Ketua jurulatih, Lakers, Frank Vogel, berkata Davis mengalami kecederaan tersebut ketika aksi pertama ketika tewas kepada Los Angeles Clippers sebelum mengalami kecederaan itu semula ketika mengatasi Dallas Mavericks.

"Kami mahu meneliti kecederaan yang dialami Davis ketika ini," kata Vogel.

Davis memiliki purata kutipan 23.0 mata, 7.5 rebound dan 3.5 assist sepanjang dua perlawanan bersama Lakers (1-1).

"Dalam ketiadaan Davis, kami akan menguji ketahanan dan kemampuan Lakers," tambah Vogel lagi.