Hajat Paula Badosa untuk ke final Jelajah WTA buat julung kalinya dalam Kejohanan Tenis Terbuka Charleston berkecai apabila terkandas dalam separuh akhir kepada Veronika Kudermetova, sebentar tadi.

Badosa meraih kemenangan terbesar dalam kariernya setakat ini apabila mara ke suku akhir ketika mengalahkan pemain nombor satu dunia, Ash Barty.

Pemain berusia 23 tahun itu, yang dua kali tewas dalam separuh akhir WTA 250 tahun lalu, ketinggalan ketika menentang pemain pilihan ke-15 tersebut.

Begitupun, pemain Rusia itu nyata lebih klinikal dengan menyempurnakan empat daripada enam break point untuk kejayaan 6-3, 6-3.

Kudermetova sebelum ini mengetepikan Sloane Stephens untuk diangkat sebagai pilihan bagi menjulang kejayaan ke atas Danka Kovinic.

Kemenangan pemain 'underdog' itu ke atas Ond Jabeur dalam satu lagi separuh akhir, secara tidak langsung menggambarkan Kudermetov tidak akan diberi laluan mudah dalam aksi penentuan esok.