Kuala Lumpur Hunters menunjukkan persembahan yang hebat pada hari pertama Garena Premier League di Manila, Filipina. Mereka menewaskan pihak lawan mereka yang pertama, wakil dari Indonesia, Fortius Gaming.

Kuala Lumpur Hunters menghabiskan permainan itu dalam masa 30 minit dengan mata 22-7. Persembahan yang hebat dapat dilihat oleh Eric “Qaspiel” Sia, membantu pasukannya mendominasi awal permainan dengan bantuan Chan “ArrHedge” Roonghan yang mendapatkan kill-death-assist terbaik pada perlawanan pertama.

Mereka terus membelasah pasukan dari Singapura, Rigel dengan mata 21-5. Sekali lagi, Eric “Qaspiel” Sia membuktikan yang beliau merupakan pemain League of Legends terbaik Malaysia dengan mendominasi pihak lawan di semua peringkat dalam permainan itu.

Shoutcaster (pengulas) League of Legends Malaysia, Nik “TheHound” Harris berkata, “Kuala Lumpur Hunters menunjukkan prestasi yang baik pada hari pertama GPL 2017, ramai penonton di rumah bersorak bangga dengan pencapaian mereka setakat ini. Seperti yang saya katakan tadi waktu saya shoutcasting… Malaysia Boleh!”

Walau bagaimanapun, semuanya berubah pada perlawanan mereka yang terakhir pada hari tersebut. Kuala Lumpur Hunters mula kelihatan letih, apabila berhadapan dengan pasukan dari Filipina, Mineski yang menumpaskan mereka dengan mata 17-31.

Penganalisis komuniti AbangDots berkata, “Saya percaya Kuala Lumpur Hunters memberikan persembahan yang terbaik pada hari pertama GPL. Pasti, pada hari kedua, dengan sokongan pengurus mereka, Luqman “Crowe” Abdullah dan para peminat di rumah, mereka akan mempelajari kesilapan mereka dalam permainan ketiga. Saya masih percayakan mereka, kita semua percayakan mereka.”

Untuk menonton secara online. Marilah kita menyokong mereka di Manila, Filipina!watch.garena.comTonton perlawanan mereka di

Bolehkah Kuala Lumpur Hunters mengekalkan prestasi mereka hari ini?


Hari ini adalah hari kedua Garena Premier League 2017 di mana para pasukan akan terus berentap untuk merebut tempat ke peringkat seterusnya dalam kejohanan ini.