Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan pelantikan ketua pegawai eksekutif baru Institut Sukan Negara (ISN) bagi menggantikan Dr. Mohd Khairy Zawi, berkuat kuasa hari ini.

Ahmad Faedzal Md Ramli yang merupakan lulusan sarjana pengurusan sukan dari Universiti Florida State, Amerika Syarikat (AS), berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sukan.

Ahmad Faezal merupakan antara individu yang terlibat dalam pengurusan peruntukan pembangunan sukan dan perancangan pelan serta polisi sukan negara.

Pelantikannya diumum Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di Putrajaya sebentar tadi.