Perenang negara, Welson Sim, terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Hari Sukan Negara di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, bermula Jumaat depan gara-gara terbabit dengan kemalangan jalan raya.

Olimpian 2016 itu mengalami kecederaan pergelangan tangan dan dinasihatkan supaya berehat selama empat minggu.

Welson berkongsi kekecewaan itu bersama wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, selepas menjalani ujian imbasan.



Pergelangan tangannya masih berasa sakit sekali gus menjejaskan renangannya ketika berlatih.

Justeru, perenang kelahiran Sarawak itu terpaksa melupakan kejohanan sulung skuad negara sejak Februari lalu itu.

"Saya berasa rugi tetapi saya bernasib baik saya tidak mengalami kecederaan serius.

"Saya hanya mengalami lebam dan bengkak yang menghadkan pergerakan pergelangan tangan saya.

"Jadi ia memerlukan masa untuk pulih memandangkan bahagian kecederaan ini tidak mempunyai banyak pembuluh darah.

"Saya harap minggu depan saya sudah boleh kembali berenang.

"Saya pasti akan memerlukan masa untuk kembali mendapatkan renangan terbaik selepas berehat lama," katanya di Bukit Jalil hari ini.