Jorge Lorenzo meraih kemenangan pertama MotoGP sejak 2016 apabila pendahulu senarai pelumba, Marc Marquez, mengalami kemalangan dalam Grand Prix Itali, malam ini.

Juara bertahan, Marquez, boleh berkelebihan 36 mata di tangga teratas selepas tiga kemenangan berturut-turut sebelum ini tetapi percubaannya untuk menguasai perlumbaan buat kali keempat berturut-turut itu terpaksa dibayar dengan harga mahal di Mugello.

Pelumba kelahiran Sepanyol yang menggunakan jentera Ducati, Lorenzo, membuat permulaan bertenaga dan menamatkan saingan dengan 6.370 saat mengatasi rakan sepasukannya, Andrea Dovizioso.

Dia turut meninggalkan pelumba di petak pertama, Valentino Rossi, yang ketinggalan 6.629 saat di tempat ketiga.

Kegagalan Marquez untuk mengutip mata membolehkan juara tujuh kali, Rossi, merapatkan jurang kepada 23 mata di kedudukan kedua senarai pelumba.

Pelumba seterusnya akan ke Barcelona bagi Grand Prix Catalan pada 17 Jun ini, di mana Lorenzo telah memenanginya empat kali sebelum ini.


Kedudukan GP Itali

1. Jorge Lorenzo (Ducati)
2. Andrea Dovizioso (Ducati) +6.370 saat
3. Valentino Rossi (Movistar Yamaha) +6.629
4. Andrea Iannone (Suzuki Ecstar) +7.885
5. Alex Rins (Suzuki Ecstar) +7.907
6. Cal Crutchlow (LCR Honda) +9.120
7. Danilo Petrucci (Alma Pramac) +10.898
8. Maverick Vinales (Movistar Yamaha) +11.060
9. Alvaro Bautista (Angel Nieto) +11.154
10. Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) +17.644
11. Pol Espargaro (KTM) +20.256
12. Hafizh Syahrin (Monster Yamaha Tech 3) +22.435
13. Tito Rabat (Reale Avintia) +22.464
14. Bradley Smith (KTM) +22.495
15. Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) +26.644

Kedudukan senarai pelumba

1. Marc Marquez (Repsol Honda) 95
2. Valentino Rossi (Movistar Yamaha) 72
3. Maverick Vinales (Movistar Yamaha) 67
4. Andrea Dovizioso (Ducati) 66
5. Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) 64

Kedudukan pasukan:

1. Movistar Yamaha 139
2. Repsol Honda 124
3. Alma Pramac Racing 112
4. Ducati 107
5. Suzuki Ecstar 93