Skuad sepak takraw dan boling tenpin wanita negara tiba ke tanah air hari ini selepas masing-masing mengharungi kempen mendukacitakan dalam kejohanan yang disertai.

Skuad boling wanita ke Las Vegas, Amerika Syarikat dengan harapan mencapai kecemerlangan dalam Kejohanan Dunia sementara pasukan sepak takraw kebangsaan baru sahaja menamatkan kempen Piala Raja Thai di Bangkok.

Malaysia gagal mara ke pentas final dalam saingan di Bangkok itu bagi kesemua acara yang disertai sambil hanya mampu membawa pulang tiga pingat gangsa menerusi regu, regu berpasukan dan berpasangan.

Kem boling turut dipalit kekecewaan selepas gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada mereka mampu menyinar dalam Sukan SEA Filipina yang bakal berlangsung sekitar 100 hari lagi.

Untuk perkembangan lanjut, ikuti Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini di saluran 801 dan 802 HD.