Kejohanan Wimbledon: Djokovic mudah ke separuh akhir

Muzaffar Musa
Julai 8, 2021 01:57 MYT
Novak Djokovic meneruskan pemburuan gelaran ketiga berturut-turut dalam Kejohanan Tenis Wimbledon selepas meraih kemenangan straight-set ke atas pemain bulan pilihan, Marton Fucsovics, dalam suku akhir malam tadi.
Pemain pilihan utama itu tidak berada di tahap terbaik tetapi masih mudah memperoleh kemenangan selesa 6-3, 6-3, 6-4 di Centre Court.
Djokovic kini hanya dipisahkan dengan dua kemenangan untuk menyamai rekod 20 gelaran grand slam dan akan berdepan Denis Shapovalov dalam separuh akhir.
Jaguh Serbia itu meraikan kemenangannya dengan tenang sebagai menunjukkan betapa dia tidak tercabar untuk menamatkan aksi selama dua jam 17 minit menentang Fucsovics.

10th #Wimbledon semi-final. 41st Grand Slam semi-final. 100th match-win on grass. Will anyone stop the Djoker? The defending champion is into the final 4 with a straight sets victory over Marton Fucsovics pic.twitter.com/Ah1JcW2KpL

— Wimbledon (@Wimbledon) July 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ATP #Tenis #Grand Slam #Novak Cjokovic #Kejohanan Tenis Wimbledon