Novak Djokovic meneruskan pemburuan gelaran ketiga berturut-turut dalam Kejohanan Tenis Wimbledon selepas meraih kemenangan straight-set ke atas pemain bulan pilihan, Marton Fucsovics, dalam suku akhir malam tadi.

Pemain pilihan utama itu tidak berada di tahap terbaik tetapi masih mudah memperoleh kemenangan selesa 6-3, 6-3, 6-4 di Centre Court.

Djokovic kini hanya dipisahkan dengan dua kemenangan untuk menyamai rekod 20 gelaran grand slam dan akan berdepan Denis Shapovalov dalam separuh akhir.

Jaguh Serbia itu meraikan kemenangannya dengan tenang sebagai menunjukkan betapa dia tidak tercabar untuk menamatkan aksi selama dua jam 17 minit menentang Fucsovics.