Pilihan utama, Dominic Thiem, dikejutkan dengan kekalahan straight set kepada Lloyd Harris dalam pusingan kedua Kejohanan Tenis Dubai malam tadi.

Juara bertahan Terbuka Amerika Syarikat (AS) itu, yang diberikan laluan percuma dalam pusingan pertama, tewas 6-3, 6-4 kepada lawan dari Afrika Selatan itu, yang menduduki 77 anak tangga lebih bawah berbandingnya dalam kedudukan ranking ATP.

Jaguh Austria itu berdepan permulaan sukar dalam musim 2021, di mana dia tewas straight set kepada Grigor Dimitrov dalam pusingan 16 Terbuka Australia dan tewas kepada Roberto Bautista Agut dalam suku akhir Terbuka Qatar.

Ia merupakan kemenangan pertama Harris, yang tidak pernah dibawa ke penentuan 'deuce' ketika memegang servis sepanjang 72 minit di atas gelanggang, ketika berdepan pemain dalam kelompok lima teratas.

"Saya amat-amat gembira. Dia merupakan pemain di ranking tertinggi yang pernah saya tewaskan," kata Harris.

"Saya juga meminati Domi, jadi bagi saya, ia merupakan satu perasaan yang luar biasa. Saya amat gembira.

"Dengan fakta saya bermain dengan baik dalam perlawanan seperti ini, ia memberikan saya lebih keyakinan.

"Saya melakukan servis dengan amat baik. Saya tidak fikir saya ada berdepan sebarang mata break. Saya mengawal game ini dan dalam satu atau dua game ketika dia melakukan servis.

"Saya melihat diri saya dengan amat baik. Saya mengambil beberapa mata penting dengan amat baik. Saya amat berbangga dengannya," katanya.