Atlet wushu negara, Pang Pui Yee, menganggap kejayaan mengungguli gelaran atlet terbaik Malaysia dalam Kejohanan Masterships Dunia di Chungju, Korea Selatan sebagai suntikan semangat untuk menghadapi Kejohanan Kebangsaan, Rabu depan.

Pui Yee muncul atlet terbaik Malaysia selepas merangkul satu pingat emas dalam kategori changquan serta dua pingat perak acara jianshu dan baguazhang Ahad lalu.

Atlet itu mengakui ia merupakan pencapaian terbaiknya sebagai atlet muda negara, apatah lagi ia adalah kejohanan antarabangsa pertamanya musim ini.

Selain Pui Yee, Tan Cheong Min dan Chuah Shang Yang turut membutirkan emas buat negara dalam acara nandao wanita dan xingyiquan lelaki.

"Saya berharap dapat mempersembahkan rutin yang sempurna dan meraih emas dalam Kejohanan Kebangsaan," kata Pui Yee.

Sementara itu, atlet kelahiran Negeri Sembilan itu berpandangan kejayaan tersebut bakal dijadikan sebagai landasan terbaik untuk meneruskan kemaraan kariernya dalam kejohanan di peringkat senior.

"Kemenangan dalam saingan Masterships membuka peluang beraksi di luar negara dan banyak membantu saya meraih lebih banyak pengalaman selepas ini."