Itu pendirian ketua jurulatih hoki negara, Stephen Van Huizen, mengenai senarai pemain yang akan dipilih menyertai Kejohanan Hoki Dalam Dewan Asia di Doha, Qatar, dua minggu lagi.

Stephen sukar melepaskan pemain skuad utama yang sedang mempersiapkan diri menghadapi Piala Sultan Azlan Shah dan separuh akhir Liga Dunia.

Apatah lagi, Wallace Tan selaku pengendali skuad pembangunan dan hoki dalam dewan negara belum mengumumkan senarai pemain ke Doha menjelang aksi sulung, 24 April ini.

Justeru, Stephen meminta anak buahnya dikecualikan.

"Buat setakat ini, kami memberikan tumpuan untuk beraksi dalam Piala Sultan Azlan Shah dan pusingan ketiga Liga Dunia," kata Van Huizen.

Malaysia buat kali pertama akan menghantar pasukan kebangsaan mencabar kejohanan hoki dalam dewan yang sebelum ini menjadi tugas pasukan negeri atau kelab.

Ia sebagai persediaan memburu pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Di Doha, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Iran selaku juara enam kali selain tuan rumah dan Oman.

Wallace dijangka mengumumkan senarai pemain ke Doha, minggu ini.