Skuad hoki perempuan Negeri Sembilan terus mengungguli kedudukan teratas Kumpulan B, Kejohanan Bawah 16 (B-16) Tahun Kebangsaan untuk memastikan slot pusingan kedua selepas menundukkan Pahang 2-1, semalam.

Selepas langkah kanan dalam aksi pertama kumpulan dengan mengatasi Terengganu 3-0, Negeri Sembilan mengekalkan rentak kemenangan dengan menjadikan Pahang sebagai mangsa seterusnya.

Begitupun, anak buah R. Subramaniam terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan awal Air Nur Shara pada minit ke-10.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga suku ketiga sebelum jaringan penyamaan yang diburu Negeri Sembilan menjelma menerusi Nur Diana Batrisya pada minit ke-43.

Pahang terus mengintai peluang terbaik dalam memastikan tiga mata penuh, namun jaringan Nurul Anis Mohamad Fauzi memusnahkan harapan itu untuk Negeri Sembilan menerajui kumpulan dengan enam mata.

Negeri Sembilan akan meneruskan saingan Kejohanan B-16 Kebangsaan membabitkan pertemuan dengan Kedah, petang ini.

Perlawanan lain:

Kumpulan A
Pulau Pinang lawan Terengganu


Kumpulan B:
Perak lawan Selangor
Perlis lawan Sarawak