Le Tour de Langkawi (LTdL) akhirnya kembali diadakan selepas dibatalkan tahun lalu berikutan COVID-19.

Saingan edisi ke-26 itu dijadual berlangsung pada 11-16 Jun depan dengan meliputi lapan peringkat perlumbaan sejauh 1183 kilometer.

Peringkat ketiga pendakian ke Genting Highland dijangka mencuri tumpuan kerana ia satu-satunya pendakian kelas hors memandangkan laluan Cameron Highland tidak terpilih.

Perlumbaan pada 2020 menyaksikan pakar pecut Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Harrif Salleh, muncul wira apabila menjuarai dua peringkat perlumbaan.

"!8 pasukan dari luar akan turut serta dalam perlumbaan kali ini. Apabila kami mendapat tahu ada sedikit masalah di antara PKBM (Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia) dan penganjur, LTdL, namun Alhamdulillah (hasil) usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), demi kepentingan negara dan mempertahankan imej LTdL, acara ini dapat diteruskan," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dalam satu majlis pelancaran di Ipoh, Perak.