Barisan kejurulatihan sepak takraw negara melahirkan kekhuatiran periuk nasi mereka mungkin terjejas seandainya kemelut Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) terus berlanjutan.

Biarpun kontrak mereka terikat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) hingga 2022 sejajar dengan kempen Sukan Asia Hangzhou 22, namun sekiranya pengurusan baru mengambil-alih maka ia tetap mewujudkan kebarangkalian rombakan barisan kejurulatihan.





Ketika ini, barisan pemain negara kekal berlatih di kediaman masing-masing sambil dipantau oleh jurulatih menerusi alam maya.

"Majoriti mereka ini hanya menerima mandat daripada PSM.

"Ini melibatkan pengurusan jadi jurulatih tidak boleh terlibat secara langsung mahupun tidak.

"Cuma harapan jurulatih, kemelut yang berlaku ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan muafakat.

"Kemelut ini tidak memberi kesan kepada pemain-pemain.

"Sekarang semuanya masih tertanya-tanya adakah mereka masih perlu berpaut dengan PSM lagikah?" kata jurulatih negara, Azhar Sarbini.