Atlet lawan pedang negara, Joshua Koh I Jie, berjaya mengumpul RM60,000 menerusi tabung derma persiapan kejohanan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 walaupun ia bertentangan dengan peraturan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Joshua membuka lembaran baru dalam industri sukan negara apabila berjaya mengumpul RM60,000 hasil derma terbuka untuk menyertai kempen kelayakan Sukan Olimpik di Korea Selatan, April depan.

MOM pernah menghalang atlet negara daripada melakukan tindakan sebegitu tetapi langkah berkenaan jelas membuahkan hasil.

"Jika kami menunggu pihak lain untuk mendapatkan dana, ia mungkin mengambil masa lebih lama.

"Pertama sekali, saya berbesar hati dengan mereka yang membantu. Saya juga lega segala perancangan boleh diteruskan. Diharapkan keputusan baik mampu dicapai," katanya.



Editor: Nafis Abdullah