Alexander Zverev akan berdepan Novak Djokovic dalam separuh akhir Kejohanan Tenis Jelajah Akhir ATP selepas menewaskan Hubert Hurkacz malam tadi.

Zverex sedar kemenangan ke atas Hurkacz akan melayakkannya ke separuh akhir selaku wakil Kumpulan Merah bersama Daniil Medvedev dan pemain pilihan ketiga itu tidak berdepan masalah untuk merakamkan kemenangan 6-2, 6-4.

Sepanjang perlawanan itu, juara edisi 2018 berkenaan tidak pernah berdepan sebarang mata break untuk Hurkacz akur tewas kesemua tiga perlawanan pusingan awal sepanjang penampilan pertamanya dalam kejohanan penutup musim di Turin itu.

Kemenangan Zvererz turut menyaksikan impian Jannik Sinner untuk mara lebih jauh di bumi kelahirannya tidak kesampaian.

Jaguh Jerman, Zverev, akan mencongak perhitungan dengan pemain nombor satu dunia, Djokovic, bagi merebut tempat ke final selepas hanya melepaskan 11 mata sewaktu memegang servis dalam perlawanan terakhir peringkat round-robin itu.