Juara NBA, Los Angeles Lakers mengatasi Atlanta Hawks 107-99 hasil aksi dominan dalam suku terakhir oleh LeBron James.

James meraih 21 mata, sembilan assist dan tujuh rebound mengatasi Hawks di tempat lawan, selepas sekadar meraih sembilan mata dalam tiga suku pertama sebentar tadi.



Rakan sepasukannya, Anthony Davis, merekodkan 25 mata di Atlanta, di mana perlawanan yang ditonton dengan jumlah kecil penyokong yang hadir ke stadium.

Trae Young (25 mata dan 16 assist) dan Clint Capela (16 mata dan 13 rebound) kedua-duanya antara yang mempamerkan aksi terbaik buat Hawks.