Pemenang pingat gangsa 200 meter dunia, Alex Quinonez, mati ditembak pada usia 32 tahun di Guayaquil.

Kementerian Sukan Ecuador mengatakan Quinonez ditemui mati di jalanan semalam.

Quinonez mencipta sejarah apabila menjadi atlet Ecuador untuk memenangi pingat di peringkat antarabangsa menerusi acara trek dalam Kejohanan Dunia 2019 di Doha, malah dia juga merupakan pemegang rekod kebangsaan dalam setiap acara pecut.

Kementerian Sukan Ecuador menciap: "Dengan kesedihan yang mendalam, kami mengesahkan pembunuhan ahli sukan kami, Alex Quinonez.

"Kami kehilangan seorang ahli sukan yang hebat, seseorang yang membenarkan kami bermimpi, yang membawa kami ke depan. Dia adalah pelari pecut terhebat yang pernah dilahirkan negara ini."

Kelab bola sepak Sepanyol Barcelona berkata Quinonez telah menjadi sebahagian daripada skuad olahraga dalam persediaan mereka untuk melebarkan penganjuran acara sukan.

Presiden Ecuador, Guillermo Lasso, pula menulis di Twitter: "Kami sangat kesal kehilangan Alex Quinonez, seorang ayah, anak lelaki, pelari pecut. Takziah kami ucapkan kepada orang yang tersayangnya. Berehatlah dalam kedamaian.

"Mereka yang meragut nyawa warga Ecuador tidak akan terlepas daripada hukuman. Kami akan bertindak tegas."