Institut Sukan Negara (ISN) menjalin kerjasama dengan Universiti Monash Malaysia, Yakult dan UMP Consultancy & Training Sdn Bhd yang dimeterai dalam satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Putrajaya, hari ini.

Menerusi perjanjian pertama di antara ISN dan Yakult, ia membawa kepada penajaan jenama minuman itu buat atlet yang berkampung di Majlis Sukan Negara (MSN).

Yakult akan membekalkan 100,000 botol minumannya yang bernilai RM94,000 setahun kepada atlet sepanjang tiga tahun dari Ogos 2017 hingga Ogos 2020.

Sementara itu, perjanjian ISN-Universiti Monash pula berkaitan dengan penyelidikan khusus dalam sains sukan.

MoU ISN dengan UMP Consultancy & Training Sdn Bhd pula menyaksikan syarikat tersebut bakal membina satu pangkalan data yang melibatkan 500,000 atlet negara.

Data itu bertujuan menilai dan melihat potensi atlet untuk pembangunan sukan Malaysia.