Seramai 8,084 peserta daripada 14 negara akan beraksi di edisi ke 22 Ipoh International Run (IIR) 2017, Ahad ini.

Dalam sidang media dan penyerahan tajaan sempena IIR petang tadi, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, tahun ini menyaksikan bilangan peserta bertambah daripada tahun sebelumnya.

Katanya, "Edisi kali ini juga menyaksikan penyertaan peserta daripada negara Azerbaijan dan Zimbabwe manakala bilangan peserta daripada Thailand juga meningkat".

Bagaimanapun kami masih menggalakkan penglibatan pelari tempatan".

Tambah Zamri lagi, "melalui IIR, kerajaan negeri juga berharap ianya sebagai satu pemangkin yang mampu menyumbang kepada kemasukan pelancong ke sini sempena Tahun Melawat Perak".

"Perak kini mengalami transformasi pembangunan oleh itu sasaran 7 juta pengunjung mampu direaslisakan", ujarnya.

Dalam majlis ini juga penghargaan turut diberikan kepada 23 penaja yang terlibat.