BEESTON 1 MALAYSIA 3

Skuad hoki negara memperoleh kemenangan pertama dalam Siri Jelajah Great Britain selepas mengharungi empat perlawanan dengan menundukkan Beeston 3-1, hari ini.


Ketiga-tiga jaringan skuad negara itu terhasil menerusi pukulan sudut penalti oleh Muhammad Razie Abd Rahim.

Siri persahabatan di Eropah itu bertemu pasukan berstatus kelab tamat dengan satu kemenangan, dua seri dan satu tewas.

"Kami mendapat empat pukulan sudut penalti dan menjaringkan tiga daripadanya.

"Daripada segi permainan, permainan yang teratur dengan tempo yang sangat tinggi.

"Ia menjadi dorongan buat kami sebelum ke Ireland," kata ketua jurulatih hoki negara, Arul Selvaraj.

Seterusnya, Malaysia akan dicabar skuad kebangsaan Ireland pada 5 Oktober, Wales (9 Okt) dan Perancis (12 Okt) selain Perancis pada 15 dan 18 Okt.