Selama 23 tahun berkecimpung dalam bidang sukan, atlet para negara, Mohd Hisham Khaironi, menganggap pingat emas acara rejam lembing F12 dan F13 dalam Sukan Para ASEAN 2017 yang diraihnya hari ini adalah yang termanis.

Bermula sebagai atlet pecut 100m dan 200m, Hisham, yang beralih daripada acara trek ke rejam lembing dalam Sukan Para ASEAN 2005 di Manila terus melakar kejayaan sehingga ke hari ini.

Namun, emas berikutnya daripada Hisham bagi kejohanan yang sama hanya berulang 10 tahun kemudian.

"Saya akan menyertai Sukan Asia pada tahun depan kalau ranking untuk menyertainya adalah lima ke bawah. Saya akan cuba yang terbaik untuk melakukan rejaman sejauh 55m," katanya.

Kabur penglihatan sejak berusia 10 tahun, Hisham tidak pernah patah semangat untuk terus berada dalam bidang sukan sehingga ke hari ini.

"Masalah penglihatan ini disedari cikgu sekolah saya. Semasa duit syiling jatuh, saya tidak nampaknya di lantai. Cikgu tolong ambilnya. Di situ saya sedar," katanya.